9sc1 FindTalk !
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» Bio payah tadi! T.T
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyWed Nov 03, 2010 5:48 pm by TaZy

» Themes For Iphone (updated)
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyTue Nov 02, 2010 6:18 am by TaZy

» Baginda Sultan kurang senang keadaan SMAS
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyTue Nov 02, 2010 6:04 am by TaZy

» Photoshop Toolbox Explained
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyTue Nov 02, 2010 5:56 am by TaZy

» Aku stress pasal EXAMS!
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyMon Nov 01, 2010 5:59 pm by TaZy

» PhotoSpeak 3.2
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyMon Nov 01, 2010 2:58 am by TaZy

» Ben 10 MouthOff 1.0.3
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyMon Nov 01, 2010 2:54 am by TaZy

» Installous 3.3.3
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyMon Nov 01, 2010 2:45 am by TaZy

» iPhone iPod touch Cracked Application by Adeel
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 EmptyMon Nov 01, 2010 2:35 am by TaZy

Affiliates
free forum
 

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1

Go down

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1 Empty Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1

Post by TaZy Sat Oct 30, 2010 2:45 am

Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.

Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.

Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.

Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.

Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.

Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.

Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).

Yang betul ialah :
Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
TaZy
TaZy
Admin
Admin

Posts : 53
Points : 71996
Join date : 2010-03-04
Age : 29
Location : Brunei Darussalam

https://9sc1.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum